MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Syamsul Faadhil: Dialog Jenaka

Wednesday, March 24, 2010

Dialog Jenaka

Pelaku 1 : Badang
Pelaku 2 : Jin
Tempat : Di tepi sungai
Masa : 2 petang


Sebaik sahaja Badang selesai menebang pokok, beliau terus bergegas ke sungai yang berdekatan dimana beliau meletakkan bubunya untuk menangkap ikan dan menjadi ikan-ikan tersebut santapan hariannya. Tetapi pada suatu hari sedang Badang memeriksa bubunya beliau dapati bahawa tiada ikan langsung di dalamnya.

Badang : Aik! Takkan Tiada langsung? Kalau sedikit pun dua atau tiga ekor, ini tiada langsung! Aku ingatkan nak masak lauk asam pedas....apalah nasib aku!

(Badang sungguh kecewa,akan tetapi beliau mendapati bahawa bubunya pecah, seperti ada orang yang memecahnya.)

Badang : Alamak! Kenapa bubu aku pecah ni? Ini mesti kerja orang yang terdesak lah ini, malas nak pancing nak ambil ikan orang lain saja!

(Beliau ternampak seperti ada seseorang sedang menyangkung di balik semak samun. Badang mula mengesyaki bahawa orang itu yang mencuri ikannya. Ternyata betul, ada orang bukan mencuri ikan, malah memakan itu dengan mentah, tetapi pencuri it bukanlah seorang manusia tetapi seekor Jin!)

Badang : Alamak, binatang apa yang curi ikan aku ni?

(Tiba-tiba, JIn itu menoleh ke arah Badang, sambil menggenggam ikan-ikan yang diambilnya dari lukah Badang. Tiba-tiba beliau mengamuk....)

Badang : Cis! Rupa-rupanya kamulah yang mencuri ikan aku selama ini! Patutlah kalau aku ingin mengambil lukah aku selalu ada serpihan tulang ikan! (Badang memegang tangan Jin dengan sebilah parang, seolah-olah ingin menetak tangan Jin.)

Jin : Ampunkan aku bro, aku lapar lah bro, sebab itu aku curi ikan kau bro......

Badang : Apa beruk? Beruk? Kalau ingin makan ikan kamu tangkaplah sendiri. Apa gunanya kamu ada tangan dan kaki? Asyik hendak mencuri tangkapan orang sahaja!

Jin : Baiklah, jika kamu melepaskan aku, aku akan memberi sesuatu kepada kamu, sesuatu kekuatan seperti 100 ekor gajah.

Badang : Jikalau begitu, kamu akan memberi aku apa?

Jin : Aku akan memberi kamu muntah aku. Kamu harus memakannya.

Badang : Kamu sudah gila, ingin memerintahkan aku memakan muntah kamu?

Jin : Percayalah aku. Selepas memakan muntah aku, kamu akan menjadi kuat. Mari sini....

(Lalu Badang pun mengikut Jin itu ke dalam semak samun, Badang memberi sehelai daun pisang dan memberikannya kepada Jin itu, lalu memuntahkan ke daun pisang yang dibentuk seperti mangkuk. Tanpa membuang masa Badang terus menelan muntah itu dengan lahapnya, tanpa rasa geli geman.)

Jin : Baiklah. Kamu cuba menolak pokok yang besar itu dengan ibu jari kamu sahaja. Pergi!

(Badang lari ke arah pokok yang dimaksudkan itu dan menolak pokok itu dengan ibu jarinya sahaja. Sungguh menakjubkan, pokok itu jatuh ke tanah dengan serta-merta. Beliau terperanjat.)

Badang : Wah, adkah aku dalam alam mimpi atau realiti? (Sambil menyepak kedua belah pipinya.)

(Jin itu hanya tersenyum lebar.)

Badang : Terima Kasih kerana memberikan aku kekuatan yang luar biasa ini! Aku harus memberi kamu sesuatu. Apa yang kamu inginkan wahai Jin?

Jin : Aku tidak meminta apa-apa. Cuma ingin melihat senyuman yang terukir di muka kamu. Selamat tinggal! (Lalu jin ghaib di hadapan matanya.)

Mata Badang terkebil-kebil kerana Jin itu ghaib serta-merta. Namun Badang gembira kerana dihadiahkan kekuatan ini tanpa diminta sebarang balasan dari Jin itu......

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home