MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Syamsul Faadhil: Keseksualan remaja - Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menangani masalah seks luar nikah. Bincangkan.

Thursday, April 1, 2010

Keseksualan remaja - Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menangani masalah seks luar nikah. Bincangkan.

Keseksualan remaja- Suatu pekara yang selalu dipaparkan dalam akhbar-akhbar. Ia selalu dikaitkan dengan seks luar nikah dan kehamilan yang tidak diingini. Namun ia bukan sesuatu yang harus diambil ringan, ia harus perlu dicegah.


Punca berlaku perkara-perkara yang sebegitu ialah ibu bapa terlalu memberikan kebebasan yang berlebihan sehingga mereka (remaja) mengabaikan peluang ini. Anak-anak mereka akan bergaul dengan teman-teman yang jahat yang memberikan pengaruh yang buruk.


Teknologi juga adalah salah satu daripada punca keseksualan remaja yang tidak dapat dikawal. Dengan adanya internet mereka akan terdedah kepada pelbagai bahaya yang boleh mengotorkan fikiran mereka. Salah satunya ialah dengan para remaja melungsuri laman web lucah dan menonton video lucah. Ini akan merangsangkan nafsu syahwat mereka dan ingin "mencuba"nya.


Bimbingan agama yang berkurangan juga ialah salah satu daripada puncanya. Islam juga mengajar kita tentang perkara yang berkaitan dengan seks dan cara-cara untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Kebanyakkan remaja kekuangan bimbingan agama yang mencukupi, kerana itulah mereka menjadi liar dan melaukan perbuatan yang tidak senonoh. Jikalau mereka memounyai bimbingan agama yang mencukupi, mereka pasti dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk.


Remaja juga harus bijak memilih teman mereka. Seorang teman yang jahat tidak harus dijadikan kawan kerana ia boleh memudaratkan merea dan menjadi liar.

Kita selalu membaca keluhan dan rintihan ibu bapa yang anak remaja mereka telah hamil anak luar nikah atau yang telah menghamili temaita mereka. Kalau diperhatikan banyak kisah-kisah tentang ini, satu masalah utama yang timbul adalah kurang memberikan perhatian kepada anak-anak.

Terdapat banyak cara-cara untuk menangani masalah ini yang semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat kita ,dan ia bermula dari rumah. Ibu bapa harus kerap membuat pemeriksaan atau "spotcheck" ke atas anak mereka, memeriksa telefon bimbit mereka atau apa-apa yang mencurigakan. Tetapi ibu bapa tidak harus semestinya meninggikan suara mereka jikalau ingin memarahi mereka, sepatutnya berbual dengan nada yang tenang tapi tegas.

Cara-cara yang lain ialah ibu bapa harus berani berbicara dengan anak mereka tentang seks. Walaupun sesetengah mendapati ia kurang selesa untuk diperbincangkan, namun demi kebaikan kedua belah pihak ia mesti dibincang. Ibu bapa juga boleh merujuk kepada kaunselor untuk mendapatkan nasihat. Terdapat pula pusat bantuan keluarga di seluruh negara untuk mendapatkan bantuan yang berkesan dan profesional.

Media massa memainkan peranan penting dalam mendidik remaja tentang bahayanya seks luar nikah dan kesan yang akan meninggalkan parut yang pedih kepada mereka. Walau apapun, peranan ibu bapa dalam mendidik anak remaja mereka dalam perkara ini amatlah penting.









0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home