Karangan melengkapkan perenggan akhir.
Huzaimy seorang yang sangat malang orangnya. Dia dahagakan kasih sayang seorang ibu. Di saat-saat beliau amat memerlukan ibunya, ibunya sudah tiada. Hatinya bagaikan kaca bagaikan terhempas ke batu.
Ibunya selalu mendorong beliau dan selalu menemani beliau semasa mengulangkaji pelajaran. Satu hari, semasa Huzaimy hendak pulang ke rumah dari sekolah, beliau dapat berita dari kakanya bahawa ibu mereka telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Menurut kakaknya, ibu mereka sedang dalam perjalanan menujunke sekolah Huzaimy, mahu mengajak beliau pergi makan di luar. Hatinya tidak dapat menahan sebak, lalu airmata terus gugur, mengalir i pipinya. Telefon bimbit yang digenggamnya dari tadi juga dibasahi dengan airmatanya sedikit. Huzaimy terus memecut pulang ke rumah.
Semenjak ibunya meninggal dunia, beliau seakan-akan seperti seorang yang sedang dalam kemurungan. Huzaimy seperti seorang tua yang kehilangan tongkat ; hilang arah tujuan hidupnya. Hampir setiap hari beliau menangis di dalam bilik, hilang selera makan, hingga kesemua anggota keluarganya sudah kepenatan memujuknya. Huzaimy juga telah hilang minatnya untuk ke sekolah. Namun beliau juga memaksa dirnya untuk ke sekolah, namun dengan muka yang muram. Teman-temannya amat risau dengan keadaan Huzaimy, yang semakin hai semakin cengkung mukanya. Huzaimy yang mereka kenal sebagai seorang yang periang dahulu, sekarang sudah menjadi seorang yang pendiam dan suka termenung.
Teman-teman Huzaimy berpakat untuk berjumpa dengan kaunselor sekolah untuk memberitahunya tentang keadaan Huzaimy yang seperti seorang pesakit mental. Kaunselor itu berjanji untuk berjumpa dengan Huzaimy.
Keesokan harinya, sedang Huzaimy termenung jauh di dalam kelas semasa waktu rehat, kaunselor itu menghampiri beliau, dan menanyakan masalah yang dihadapi Huzaimy. Huzaimy tidak keberatan untuk memberitahu kaunselor itu tentang masalahnya. Titisan airmata Huzaimy jatuh ke lantai. Kaunselor pun hampir menitiskan airmatanya juga, tetapi beliau hanya menahan. Kaunselor itu dapat merasakan penderitaan dan kekecewaan yang dialami Huzaimy.
Kaunselor itu bertekad mahu menolong Huzaimy. Lantaran pula, Huzaimy akan menduduki peperiksaan peringkat `O` tahun ini, dan bimbang Huzaimy akan menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan dan akirnya, gagal dalam peperiksaan. Jadi, kaunselor itu berbincang dengan teman-teman Huzaimy, berpakat mahu menolongnya. Teman-teman beliau mencube sedaya upaya untuk kembalikan keceriaan pada diri Huzaimy. Dan kaunselor juga tidak ketinggalan untuk memberi kata-kata perangsang dan ada masanya menemani Huzaimy dan teman-teman mengulangkaji pelajaran. Huzaimy melihat kaunselor itu seperti arwah ibunya, ada ciri-ciri kaunselor itu mirip dengan ibunya. Senyuman mua kembali menceriakan muka Huzaimy.
Peperiksaan sudahpun tiba. Huzaimy berasa bersemangat untuk menghadapi peperiksaan ini. Kaunselor juga berasa gembira melihat perubahan pada diri Huzaimy. Sudah tidak murung seperti dulu.
Beberapa bulan selepas itu, keputusan peperiksaan sudah dikerluarkan. Huzaimy dinobatkan sebagai salah satu daripada murid yang terbaik di sekolahnya. Dalam hati Huzaimy beliau mahu melonjak kegembiraan, dan dalam masa yang sama juga beliau menahan air matanya. Akhirnya dia dapat mengabulkan doa arwah ibunya untuk cemerlang dalam peperiksaan ini.
Selepas sahaja selesai acara memberi keputusan di dewan sekolah itu, Huzaimy terus berjabat tangan dengan rakan-rakannya dan juga gurunya yang banyak menolong beliau keluar dari kepompong kesedihan. Tidak ketinggalan juga kaunselor yang juga menolong beliau. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja beliau memeluk wanita yang berdiri di hadapannya itu. Inilah orang yang dicari-carinya selama ini. Sudah terbayang olehnya bagaimana untuk membalas budi wanita tersebut.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home