(Soalan terlalu panjang untuk ditaip di ruangan ini)
Satu peristiwa yang telah berlaku baru-baru ini telah menyedarkan kamu bahawa tidak ada jalan pintas untuk mengecap kejayaan. Gambarkan pengalaman dan pengajaran yang telah kamu peroleh daripada peristiwa tersebut.
Dahulu, beliau tidur di atas katil yang empuk. Kini, beliau tidur di atas tikar di dalam sebuah bilik yang hanya mempunyai empat penjuru, dan empat tembok bisu yang memandang kejam pada Jani. Temanku yang kusayangi ini kini meringkuk dalam penjara kerana kesalahannya sendiri. Kerana jalan pintas yang beliau ambil lah menyebabkan beliau jadi begini.
Jani ini sungguh malang nasibnya. Ibubapanya bercerai semasa usia beliau 11 tahun. Dia tinggal bersama bapanya yang sangat bengis dan seperti setan yang bertopengkan manusia. Segala macam maksiat telah dilakukan bapa Jani. Sudah banyak kali bapa Jani keluar masuk pusat pemulihan dadah.
Aku perhatikan Jani. Dia bukan Jani yang aku kenal lagi. Dia sudah mengikut jejak bapanya sedikit demi sedikit. Semasa di sekolah menengah lagi beliau telah memberikan banyak masalah kepada guru-guru dan pengetua. Beliau ditangkap merokok di tandas sekolah dan bergaduh. Mengadakan sesi kaunseling untuk beliau juga tidak berkesan.
Jani gagal dalam peperiksaan peringkat `O`. Namun daripada raut wajahnya tidak menunjukkan sebarang kekesalan tetapi muka yang sinis sambil berkata,
" Ah! Aku gagal pun tak mati lah!"
Kata-kata Jani tadi telah mengguriskan hati aku. Sepatutnya beliau yang berasa sakit hati melihat keputusannya tetepi temannya yang satu ini berasa kecewa dan ingin menangis melihat kegagalannya dalam peperiksaan. Sampai hati beliau berkata sebegitu. Bermakna beliau mengambil ringan terhadap peperiksaan ini. Sedang aku dan teman-teman yang lain sudah melanjutkan pelajaran ke politeknik, beliau di luar menghabiskan masa dengan samseng-samseng yang beliau anggap sebagai "Brothers". Di sini bermulanya Jani menulis detik-detik hitam dalam hidupnya.
Jani bermula sebagai samseng yang menjadi `mata` kepada ketuanya. Sedang ketua Jani menjalankan bisnes haram, Jani melihat jikalau ada pegwai polis berada di tempat berdekatan dan boleh bersiap sedia untuk lari jikalau ada serbuan. Dengan hanya diberikan tugas sebegitu Jani mendapat upah yang lumayan, kadang-kadang sehingga $100. Dengan inilah Jani semakin terpesong dengan agama, dengan duit itu beliau mengahbiskannya untuk membeli rokok dan minuman keras. Aku hanya dapat menggelengkan kepala sahaja melihat keadaannya begini.
Kumpulan samseng yang Jani sertai ini bukan sahaja menjalankan bisnes menjual cakera padat haram dan rokok tanpa cukai, malah menjalankan bisnes peminjaman wang haram dan mengendalikan pelacur dan rumah pelacuran. Jani sekarang menjadi tukang memungut hutang dan memukul mereka yang tidak mahu membayar hutang. Beliau juga diberikn tugas untuk meyimbah cat dan merosakkan harta benda orang yang tidak mahu membayar hutang mereka. Upah yang beliau dapat lebih lumayan. Hanya inilah jalan pintas untuk Jani mendapatkan wang, dengan cara yang pantas.
Sepandai-pandai tupai melompat, akirnya jatuh ke tanah jua. Perbuatan Jani itu akhirnya terbongkar apabila beliau dilihat oleh seorang penduduk sedang memecahkan pasu bunga seorang pemilik rumah, lalau segera menghubungi polis. Penduduk blok itu, seorang lelaki, cuba menahan dan memegang jedua tangan Jani, sambil menunggu kedatangan polis.
Seminggu kemudian, Jani sudah meringkuk dalam penjara. Beliau dipenjarakan selama lima tahun. Jani hanya berasa kesal sekarang, namun aku berasa gembira kerana akhirnya beliau sedar di mana beliau telah membuat langkah yang salah untuk mengecap kejayaan. Namun sebagai teman aku akan tetap membantunya untuk kembali ke jalan yang benar.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home