Arahan : Bina perenggan penutup bagi karangan jenis perbincangan di bawah ini.
Petikan 1: Peranan Ibu Bapa sangat penting dalam mendidik anak-anak mereka.
Ibu bapa ialah orang-orang yang paling penting dalam sistem pendidikan anak-anak. Ini berdasarkan pada hubungan rapat mereka dengan anak-anak. Tidak dapat dinafikan bahawa anak-anak menghabiskan sebahagian besar masanya di rumah bersama ibu bapa mereka. Hubungan yang rapat ini pastinya dapat menghasilkan sesuatu yang baik, terutama dalam pembentukkan sahsiah (perwatakan) anak-anak itu sendiri. Di sinilah terletaknya peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam menentukan sikap dan kelakuan anak-anak.
Ibu bapa juga adalah golongan yang amat dihormati oleh kanak-kanak. Lazimnya, kanak-kanak lebih menghormati ibu bapa jika dibandingkan dengan guru-guru mereka. Justeru itu, anak-anak lebih mudah mematuhi apa-apa juga arahan dan tegahan ibu bapa mereka sendiri. Dari aspek ini, jelas memperlihatkan betapa ibu bapa dapat memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian juga menyemai nilai-nilai yang sesuai untuk disematkan dalam jiwa anak-anak mereka.
Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak sememangnya sangat penting dalam dunia yang semakin mencabar kini. Pengaruh media massa, pengaruh budaya popular, pengaruh rakan-rakan sebaya juga amat kuat mempengaruhi tingkah laku anak-anak . Pengaruh-pengaruh tersebut merupakan daya tarikan yang amat berkesan yang setentunya menjerumuskan keperibadian anak-anak dengan gejala yang sememangnya tidak sihat. Oleh itu, benteng yang paling ampuh untuk membendung gejala sedemikian hanyalah dengan ketegasan dan keperihatinan ibu bapa di rumah.
Rumah adalah asas segala-galanya. Di dalam sebuah keluarga, para ahlinya berhimpun dan diselia oleh ibu bapa. Sikap ibu bapa adalah teladan dan juga sempadan bagi anak-anak mereka. Oleh yang demikian, ibu bapa mesti memperlihatkan tingkah laku yang baik agar menjadi ikutan anak-anak terutama pada usia mereka muda kerana pada hakikatnya, mereka mudah menurut apa-apa sahaja yang ditunjuk dan diajar. Justeru itulah, peribahasa " hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya." Jika ibu bapa bijak mengatur hidup anak-anak mereka , akan lahirlah anak-anak yang bijaksana lagi berpekerti mulia.
Ibu bapa turut berperanan sebagai pendidik semasa anak-anak mereka di rumah. Selain menyalurkan pengetahuan akademik, ibu bapa bertanggungjawab penuh dalam menerapkan didikan agama dan nilai-nilai hidup yang murni di jiwa anak-anak mereka. Dengan lai perkataan, ibu bapa mesti mengimbangi didikan jasmani dan rohani anak-anak mereka. Berbekalkan ajaran-ajaran yang baik, anak-anak akan dapat membuat keputusan sendiri dalam menentukan hala tuju hidup mereka apabila mereka dewasa kelak.
Sewaktu dilahirkan, anak-anak ibarat sehelai kain putih. Di atas kain putih itulah ibu bapa boleh mencorakkan apa-apa warna sekalipun. Oleh itu, jelaslah ibu bapa adalah golongan utama dalam menentukan keperibadian anak-anak mereka. Pada tangan mereka terhimpunnya tanggungjawab untuk membesarkan, mendidik dan mengasuh anak-anak mereka. Sempurna didikan yang diberikan maka anak-anak itu akan menjadi manusia yang sempurna apabila mereka dewasa kelak. Anak-anak itu akan menjadi manusia berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Sebaliknya, jika ibu bapa cuai dan mengabaikan tanggungjawab mereka, anak-anaklah yang menjadi mangsa.
Anak-anak harus bersyukur dengan ibu bapa mereka kerana merekalah yang mendorong dan mendukungi mereka selama ini. Anak-anak tidak harus menjadi liar kerana ini akan mengecewakan ibu bapa mereka. Selain ibu bapa, guru-guru di sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam pendidikan akademik anak-anak tersebut. Mereka dapat memantau keadaan dan sikap mereka yang mungkin berbeza di rumah dan sekolah, apabila berhadapan dengan ibu bapa mereka.
Bina ayat daripada perkataan yang mempunyai awalan dan akhiran imbuhan
Perkataan-perkataan dipetik dari petikan artikel sebelumnya.
Mewujudkan
- Kerajaan ingin mewujudkan semangat gotong royong para penduduk dengan mengadakan beberapa aktiviti menanam pokok dan menganjurkan pesta-pesta merayakan perayaan pelbagai agama di sini.
Pengundian
- Rakyat Amerika Syarikat akan membuat pengudian memilih presiden negara tersebut tidak lama lagi.
Mengesahkan
- Setelah menjalani beberapa siasatan, polis telah mendakwa Henry atas penyalahgunaan wang syarikat untuk kegunaan peribadi.
Mengorbankan
- Letupan di lombong arang itu telah meragut ramai nyawa pelombong yang sedang menjalani tugasan mereka.
Mengalihkan
- Setelah mencuba beberapa kali untuk mengangkat televisyen itu sendiri, akhirnya dia meminta pertolongan isterinya untuk mengalihkan televisyen itu ke dalam kotak.
Pengiktirafan
- Polis memberi pengiktirafan kepada Ashiq kenara membantu pihak polis menangkap perompak bank itu setelah bbeliau ingin melarikan diri.
Memastikan
- Cikgu Sazali memeriksa buku-buku anak muridnya untuk memastikan yang mereka telah membuat tugasan yang diberikan.
Perlembagaan
- Malaya bersatu padu dlm maksud mencapai kemerdekaan secara perlembagaan
Rakyat Kyrgyzstan mengundi bagi demokrasi berparlimen
OSH: Rakyat Kyrgyzstan semalam keluar mengundi dalam satu pungutan suara mengenai perlembagaan baru bertujuan mewujudkan pemerintah demokrasi berparlimen yang pertama di negara itu.
Pemerintah sementara, yang diketuai Cik Roza Otunbayeva, berharap pengundian itu mengesahkan pengambilalihan kuasa menyusuli rusuhan kaum yang menjatuhkan Presiden Kurmanbek Bakiye dan mengorbankan 275 orang bulan ini.
Pungutan suara semalam menggesa pengundi agar menyokong pindaan perlembagaan yang akan mengalihkan kuasa presiden kepada perdana menteri, sekali gus merintis pilihan raya parlimen pada Oktober ini dan pengiktirafan diplomatik bagi pemerintah sementara. Pemerintah mengerah hampir 8,000 pegawai polis dan jumlah yang sama sukarelawan bagi memastikan pengundian berjalan lancar dan tanpa keganasan. Cik Otunbayeva tiba dengan konvoi yang dikawal ketat untuk membuang undi di Universiti Osh.
'Negara kita hari ini berada di ambang bahaya. Tetapi keputusan pungutan suara ini akan menunjukkan bahawa rakyat dan negara ini masih bersatu padu,' tegasnya.
'Kita mahu memulihkan diri daripada kegetiran akibat peristiwa yang malang itu (rusuhan),' tambahnya.
Lebih 26 peratus rakyat keluar mengundi beberapa jam awal pengundian semalam. Penyertaan itu disifatkan sebagai 'tidak diduga' oleh timbalan ketua pemerintah sementara, Encik Omurbek Tekebayev.
'Ia menolak dakwaan Kyrgyzstan sedang runtuh dan berlaku perang saudara,' tegasnya.
Amerika Syarikat dan Russia berkata mereka menyokong sebuah pemerintah yang kuat untuk mencegah rusuhan daripada merebak ke seluruh Asia Tengah.
Badan hak asasi, Human Rights Watch (HRW), berkata pungutan suara mungkin menjadikan keadaan semakin tegang dan memberi amaran 'keadaan di selatan (Kyrgyzstan) masih lagi tegang dan tidak menentu' dengan etnik Kyrgyz dan Uzbek masing-masing berpindah ke kawasan majoriti kaum mereka.
Pengundi diberi satu soalan: Adakah anda menyokong perlembagaan baru?
Di bawah perlembagaan baru, Cik Otunbayeva akan kekal sebagai presiden sementara sehingga akhir tahun depan sebelum meletak jawatan. -- AP, AFP, Reuters.
(Soalan terlalu panjang untuk ditaip di ruangan ini)
Satu peristiwa yang telah berlaku baru-baru ini telah menyedarkan kamu bahawa tidak ada jalan pintas untuk mengecap kejayaan. Gambarkan pengalaman dan pengajaran yang telah kamu peroleh daripada peristiwa tersebut.
Dahulu, beliau tidur di atas katil yang empuk. Kini, beliau tidur di atas tikar di dalam sebuah bilik yang hanya mempunyai empat penjuru, dan empat tembok bisu yang memandang kejam pada Jani. Temanku yang kusayangi ini kini meringkuk dalam penjara kerana kesalahannya sendiri. Kerana jalan pintas yang beliau ambil lah menyebabkan beliau jadi begini. Jani ini sungguh malang nasibnya. Ibubapanya bercerai semasa usia beliau 11 tahun. Dia tinggal bersama bapanya yang sangat bengis dan seperti setan yang bertopengkan manusia. Segala macam maksiat telah dilakukan bapa Jani. Sudah banyak kali bapa Jani keluar masuk pusat pemulihan dadah. Aku perhatikan Jani. Dia bukan Jani yang aku kenal lagi. Dia sudah mengikut jejak bapanya sedikit demi sedikit. Semasa di sekolah menengah lagi beliau telah memberikan banyak masalah kepada guru-guru dan pengetua. Beliau ditangkap merokok di tandas sekolah dan bergaduh. Mengadakan sesi kaunseling untuk beliau juga tidak berkesan. Jani gagal dalam peperiksaan peringkat `O`. Namun daripada raut wajahnya tidak menunjukkan sebarang kekesalan tetapi muka yang sinis sambil berkata, " Ah! Aku gagal pun tak mati lah!" Kata-kata Jani tadi telah mengguriskan hati aku. Sepatutnya beliau yang berasa sakit hati melihat keputusannya tetepi temannya yang satu ini berasa kecewa dan ingin menangis melihat kegagalannya dalam peperiksaan. Sampai hati beliau berkata sebegitu. Bermakna beliau mengambil ringan terhadap peperiksaan ini. Sedang aku dan teman-teman yang lain sudah melanjutkan pelajaran ke politeknik, beliau di luar menghabiskan masa dengan samseng-samseng yang beliau anggap sebagai "Brothers". Di sini bermulanya Jani menulis detik-detik hitam dalam hidupnya. Jani bermula sebagai samseng yang menjadi `mata` kepada ketuanya. Sedang ketua Jani menjalankan bisnes haram, Jani melihat jikalau ada pegwai polis berada di tempat berdekatan dan boleh bersiap sedia untuk lari jikalau ada serbuan. Dengan hanya diberikan tugas sebegitu Jani mendapat upah yang lumayan, kadang-kadang sehingga $100. Dengan inilah Jani semakin terpesong dengan agama, dengan duit itu beliau mengahbiskannya untuk membeli rokok dan minuman keras. Aku hanya dapat menggelengkan kepala sahaja melihat keadaannya begini. Kumpulan samseng yang Jani sertai ini bukan sahaja menjalankan bisnes menjual cakera padat haram dan rokok tanpa cukai, malah menjalankan bisnes peminjaman wang haram dan mengendalikan pelacur dan rumah pelacuran. Jani sekarang menjadi tukang memungut hutang dan memukul mereka yang tidak mahu membayar hutang. Beliau juga diberikn tugas untuk meyimbah cat dan merosakkan harta benda orang yang tidak mahu membayar hutang mereka. Upah yang beliau dapat lebih lumayan. Hanya inilah jalan pintas untuk Jani mendapatkan wang, dengan cara yang pantas. Sepandai-pandai tupai melompat, akirnya jatuh ke tanah jua. Perbuatan Jani itu akhirnya terbongkar apabila beliau dilihat oleh seorang penduduk sedang memecahkan pasu bunga seorang pemilik rumah, lalau segera menghubungi polis. Penduduk blok itu, seorang lelaki, cuba menahan dan memegang jedua tangan Jani, sambil menunggu kedatangan polis. Seminggu kemudian, Jani sudah meringkuk dalam penjara. Beliau dipenjarakan selama lima tahun. Jani hanya berasa kesal sekarang, namun aku berasa gembira kerana akhirnya beliau sedar di mana beliau telah membuat langkah yang salah untuk mengecap kejayaan. Namun sebagai teman aku akan tetap membantunya untuk kembali ke jalan yang benar.
Huzaimy seorang yang sangat malang orangnya. Dia dahagakan kasih sayang seorang ibu. Di saat-saat beliau amat memerlukan ibunya, ibunya sudah tiada. Hatinya bagaikan kaca bagaikan terhempas ke batu.
Ibunya selalu mendorong beliau dan selalu menemani beliau semasa mengulangkaji pelajaran. Satu hari, semasa Huzaimy hendak pulang ke rumah dari sekolah, beliau dapat berita dari kakanya bahawa ibu mereka telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Menurut kakaknya, ibu mereka sedang dalam perjalanan menujunke sekolah Huzaimy, mahu mengajak beliau pergi makan di luar. Hatinya tidak dapat menahan sebak, lalu airmata terus gugur, mengalir i pipinya. Telefon bimbit yang digenggamnya dari tadi juga dibasahi dengan airmatanya sedikit. Huzaimy terus memecut pulang ke rumah.
Semenjak ibunya meninggal dunia, beliau seakan-akan seperti seorang yang sedang dalam kemurungan. Huzaimy seperti seorang tua yang kehilangan tongkat ; hilang arah tujuan hidupnya. Hampir setiap hari beliau menangis di dalam bilik, hilang selera makan, hingga kesemua anggota keluarganya sudah kepenatan memujuknya. Huzaimy juga telah hilang minatnya untuk ke sekolah. Namun beliau juga memaksa dirnya untuk ke sekolah, namun dengan muka yang muram. Teman-temannya amat risau dengan keadaan Huzaimy, yang semakin hai semakin cengkung mukanya. Huzaimy yang mereka kenal sebagai seorang yang periang dahulu, sekarang sudah menjadi seorang yang pendiam dan suka termenung.
Teman-teman Huzaimy berpakat untuk berjumpa dengan kaunselor sekolah untuk memberitahunya tentang keadaan Huzaimy yang seperti seorang pesakit mental. Kaunselor itu berjanji untuk berjumpa dengan Huzaimy.
Keesokan harinya, sedang Huzaimy termenung jauh di dalam kelas semasa waktu rehat, kaunselor itu menghampiri beliau, dan menanyakan masalah yang dihadapi Huzaimy. Huzaimy tidak keberatan untuk memberitahu kaunselor itu tentang masalahnya. Titisan airmata Huzaimy jatuh ke lantai. Kaunselor pun hampir menitiskan airmatanya juga, tetapi beliau hanya menahan. Kaunselor itu dapat merasakan penderitaan dan kekecewaan yang dialami Huzaimy. Kaunselor itu bertekad mahu menolong Huzaimy. Lantaran pula, Huzaimy akan menduduki peperiksaan peringkat `O` tahun ini, dan bimbang Huzaimy akan menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan dan akirnya, gagal dalam peperiksaan. Jadi, kaunselor itu berbincang dengan teman-teman Huzaimy, berpakat mahu menolongnya. Teman-teman beliau mencube sedaya upaya untuk kembalikan keceriaan pada diri Huzaimy. Dan kaunselor juga tidak ketinggalan untuk memberi kata-kata perangsang dan ada masanya menemani Huzaimy dan teman-teman mengulangkaji pelajaran. Huzaimy melihat kaunselor itu seperti arwah ibunya, ada ciri-ciri kaunselor itu mirip dengan ibunya. Senyuman mua kembali menceriakan muka Huzaimy. Peperiksaan sudahpun tiba. Huzaimy berasa bersemangat untuk menghadapi peperiksaan ini. Kaunselor juga berasa gembira melihat perubahan pada diri Huzaimy. Sudah tidak murung seperti dulu. Beberapa bulan selepas itu, keputusan peperiksaan sudah dikerluarkan. Huzaimy dinobatkan sebagai salah satu daripada murid yang terbaik di sekolahnya. Dalam hati Huzaimy beliau mahu melonjak kegembiraan, dan dalam masa yang sama juga beliau menahan air matanya. Akhirnya dia dapat mengabulkan doa arwah ibunya untuk cemerlang dalam peperiksaan ini. Selepas sahaja selesai acara memberi keputusan di dewan sekolah itu, Huzaimy terus berjabat tangan dengan rakan-rakannya dan juga gurunya yang banyak menolong beliau keluar dari kepompong kesedihan. Tidak ketinggalan juga kaunselor yang juga menolong beliau. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja beliau memeluk wanita yang berdiri di hadapannya itu. Inilah orang yang dicari-carinya selama ini. Sudah terbayang olehnya bagaimana untuk membalas budi wanita tersebut.
Keseksualan remaja - Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menangani masalah seks luar nikah. Bincangkan.
Keseksualan remaja- Suatu pekara yang selalu dipaparkan dalam akhbar-akhbar. Ia selalu dikaitkan dengan seks luar nikah dan kehamilan yang tidak diingini. Namun ia bukan sesuatu yang harus diambil ringan, ia harus perlu dicegah.
Punca berlaku perkara-perkara yang sebegitu ialah ibu bapa terlalu memberikan kebebasan yang berlebihan sehingga mereka (remaja) mengabaikan peluang ini. Anak-anak mereka akan bergaul dengan teman-teman yang jahat yang memberikan pengaruh yang buruk.
Teknologi juga adalah salah satu daripada punca keseksualan remaja yang tidak dapat dikawal. Dengan adanya internet mereka akan terdedah kepada pelbagai bahaya yang boleh mengotorkan fikiran mereka. Salah satunya ialah dengan para remaja melungsuri laman web lucah dan menonton video lucah. Ini akan merangsangkan nafsu syahwat mereka dan ingin "mencuba"nya.
Bimbingan agama yang berkurangan juga ialah salah satu daripada puncanya. Islam juga mengajar kita tentang perkara yang berkaitan dengan seks dan cara-cara untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Kebanyakkan remaja kekuangan bimbingan agama yang mencukupi, kerana itulah mereka menjadi liar dan melaukan perbuatan yang tidak senonoh. Jikalau mereka memounyai bimbingan agama yang mencukupi, mereka pasti dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk.
Remaja juga harus bijak memilih teman mereka. Seorang teman yang jahat tidak harus dijadikan kawan kerana ia boleh memudaratkan merea dan menjadi liar. Kita selalu membaca keluhan dan rintihan ibu bapa yang anak remaja mereka telah hamil anak luar nikah atau yang telah menghamili temaita mereka. Kalau diperhatikan banyak kisah-kisah tentang ini, satu masalah utama yang timbul adalah kurang memberikan perhatian kepada anak-anak. Terdapat banyak cara-cara untuk menangani masalah ini yang semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat kita ,dan ia bermula dari rumah. Ibu bapa harus kerap membuat pemeriksaan atau "spotcheck" ke atas anak mereka, memeriksa telefon bimbit mereka atau apa-apa yang mencurigakan. Tetapi ibu bapa tidak harus semestinya meninggikan suara mereka jikalau ingin memarahi mereka, sepatutnya berbual dengan nada yang tenang tapi tegas. Cara-cara yang lain ialah ibu bapa harus berani berbicara dengan anak mereka tentang seks. Walaupun sesetengah mendapati ia kurang selesa untuk diperbincangkan, namun demi kebaikan kedua belah pihak ia mesti dibincang. Ibu bapa juga boleh merujuk kepada kaunselor untuk mendapatkan nasihat. Terdapat pula pusat bantuan keluarga di seluruh negara untuk mendapatkan bantuan yang berkesan dan profesional. Media massa memainkan peranan penting dalam mendidik remaja tentang bahayanya seks luar nikah dan kesan yang akan meninggalkan parut yang pedih kepada mereka. Walau apapun, peranan ibu bapa dalam mendidik anak remaja mereka dalam perkara ini amatlah penting.
Pelaku 1 : Badang Pelaku 2 : Jin Tempat : Di tepi sungai Masa : 2 petang Sebaik sahaja Badang selesai menebang pokok, beliau terus bergegas ke sungai yang berdekatan dimana beliau meletakkan bubunya untuk menangkap ikan dan menjadi ikan-ikan tersebut santapan hariannya. Tetapi pada suatu hari sedang Badang memeriksa bubunya beliau dapati bahawa tiada ikan langsung di dalamnya. Badang : Aik! Takkan Tiada langsung? Kalau sedikit pun dua atau tiga ekor, ini tiada langsung! Aku ingatkan nak masak lauk asam pedas....apalah nasib aku! (Badang sungguh kecewa,akan tetapi beliau mendapati bahawa bubunya pecah, seperti ada orang yang memecahnya.) Badang : Alamak! Kenapa bubu aku pecah ni? Ini mesti kerja orang yang terdesak lah ini, malas nak pancing nak ambil ikan orang lain saja! (Beliau ternampak seperti ada seseorang sedang menyangkung di balik semak samun. Badang mula mengesyaki bahawa orang itu yang mencuri ikannya. Ternyata betul, ada orang bukan mencuri ikan, malah memakan itu dengan mentah, tetapi pencuri it bukanlah seorang manusia tetapi seekor Jin!) Badang : Alamak, binatang apa yang curi ikan aku ni? (Tiba-tiba, JIn itu menoleh ke arah Badang, sambil menggenggam ikan-ikan yang diambilnya dari lukah Badang. Tiba-tiba beliau mengamuk....) Badang : Cis! Rupa-rupanya kamulah yang mencuri ikan aku selama ini! Patutlah kalau aku ingin mengambil lukah aku selalu ada serpihan tulang ikan! (Badang memegang tangan Jin dengan sebilah parang, seolah-olah ingin menetak tangan Jin.) Jin : Ampunkan aku bro, aku lapar lah bro, sebab itu aku curi ikan kau bro...... Badang : Apa beruk? Beruk? Kalau ingin makan ikan kamu tangkaplah sendiri. Apa gunanya kamu ada tangan dan kaki? Asyik hendak mencuri tangkapan orang sahaja! Jin : Baiklah, jika kamu melepaskan aku, aku akan memberi sesuatu kepada kamu, sesuatu kekuatan seperti 100 ekor gajah. Badang : Jikalau begitu, kamu akan memberi aku apa? Jin : Aku akan memberi kamu muntah aku. Kamu harus memakannya. Badang : Kamu sudah gila, ingin memerintahkan aku memakan muntah kamu? Jin : Percayalah aku. Selepas memakan muntah aku, kamu akan menjadi kuat. Mari sini.... (Lalu Badang pun mengikut Jin itu ke dalam semak samun, Badang memberi sehelai daun pisang dan memberikannya kepada Jin itu, lalu memuntahkan ke daun pisang yang dibentuk seperti mangkuk. Tanpa membuang masa Badang terus menelan muntah itu dengan lahapnya, tanpa rasa geli geman.) Jin : Baiklah. Kamu cuba menolak pokok yang besar itu dengan ibu jari kamu sahaja. Pergi! (Badang lari ke arah pokok yang dimaksudkan itu dan menolak pokok itu dengan ibu jarinya sahaja. Sungguh menakjubkan, pokok itu jatuh ke tanah dengan serta-merta. Beliau terperanjat.) Badang : Wah, adkah aku dalam alam mimpi atau realiti? (Sambil menyepak kedua belah pipinya.) (Jin itu hanya tersenyum lebar.) Badang : Terima Kasih kerana memberikan aku kekuatan yang luar biasa ini! Aku harus memberi kamu sesuatu. Apa yang kamu inginkan wahai Jin? Jin : Aku tidak meminta apa-apa. Cuma ingin melihat senyuman yang terukir di muka kamu. Selamat tinggal! (Lalu jin ghaib di hadapan matanya.) Mata Badang terkebil-kebil kerana Jin itu ghaib serta-merta. Namun Badang gembira kerana dihadiahkan kekuatan ini tanpa diminta sebarang balasan dari Jin itu......