(Soalan terlalu panjang untuk ditaip di ruangan ini)
Satu peristiwa yang telah berlaku baru-baru ini telah menyedarkan kamu bahawa tidak ada jalan pintas untuk mengecap kejayaan. Gambarkan pengalaman dan pengajaran yang telah kamu peroleh daripada peristiwa tersebut.
Dahulu, beliau tidur di atas katil yang empuk. Kini, beliau tidur di atas tikar di dalam sebuah bilik yang hanya mempunyai empat penjuru, dan empat tembok bisu yang memandang kejam pada Jani. Temanku yang kusayangi ini kini meringkuk dalam penjara kerana kesalahannya sendiri. Kerana jalan pintas yang beliau ambil lah menyebabkan beliau jadi begini. Jani ini sungguh malang nasibnya. Ibubapanya bercerai semasa usia beliau 11 tahun. Dia tinggal bersama bapanya yang sangat bengis dan seperti setan yang bertopengkan manusia. Segala macam maksiat telah dilakukan bapa Jani. Sudah banyak kali bapa Jani keluar masuk pusat pemulihan dadah. Aku perhatikan Jani. Dia bukan Jani yang aku kenal lagi. Dia sudah mengikut jejak bapanya sedikit demi sedikit. Semasa di sekolah menengah lagi beliau telah memberikan banyak masalah kepada guru-guru dan pengetua. Beliau ditangkap merokok di tandas sekolah dan bergaduh. Mengadakan sesi kaunseling untuk beliau juga tidak berkesan. Jani gagal dalam peperiksaan peringkat `O`. Namun daripada raut wajahnya tidak menunjukkan sebarang kekesalan tetapi muka yang sinis sambil berkata, " Ah! Aku gagal pun tak mati lah!" Kata-kata Jani tadi telah mengguriskan hati aku. Sepatutnya beliau yang berasa sakit hati melihat keputusannya tetepi temannya yang satu ini berasa kecewa dan ingin menangis melihat kegagalannya dalam peperiksaan. Sampai hati beliau berkata sebegitu. Bermakna beliau mengambil ringan terhadap peperiksaan ini. Sedang aku dan teman-teman yang lain sudah melanjutkan pelajaran ke politeknik, beliau di luar menghabiskan masa dengan samseng-samseng yang beliau anggap sebagai "Brothers". Di sini bermulanya Jani menulis detik-detik hitam dalam hidupnya. Jani bermula sebagai samseng yang menjadi `mata` kepada ketuanya. Sedang ketua Jani menjalankan bisnes haram, Jani melihat jikalau ada pegwai polis berada di tempat berdekatan dan boleh bersiap sedia untuk lari jikalau ada serbuan. Dengan hanya diberikan tugas sebegitu Jani mendapat upah yang lumayan, kadang-kadang sehingga $100. Dengan inilah Jani semakin terpesong dengan agama, dengan duit itu beliau mengahbiskannya untuk membeli rokok dan minuman keras. Aku hanya dapat menggelengkan kepala sahaja melihat keadaannya begini. Kumpulan samseng yang Jani sertai ini bukan sahaja menjalankan bisnes menjual cakera padat haram dan rokok tanpa cukai, malah menjalankan bisnes peminjaman wang haram dan mengendalikan pelacur dan rumah pelacuran. Jani sekarang menjadi tukang memungut hutang dan memukul mereka yang tidak mahu membayar hutang. Beliau juga diberikn tugas untuk meyimbah cat dan merosakkan harta benda orang yang tidak mahu membayar hutang mereka. Upah yang beliau dapat lebih lumayan. Hanya inilah jalan pintas untuk Jani mendapatkan wang, dengan cara yang pantas. Sepandai-pandai tupai melompat, akirnya jatuh ke tanah jua. Perbuatan Jani itu akhirnya terbongkar apabila beliau dilihat oleh seorang penduduk sedang memecahkan pasu bunga seorang pemilik rumah, lalau segera menghubungi polis. Penduduk blok itu, seorang lelaki, cuba menahan dan memegang jedua tangan Jani, sambil menunggu kedatangan polis. Seminggu kemudian, Jani sudah meringkuk dalam penjara. Beliau dipenjarakan selama lima tahun. Jani hanya berasa kesal sekarang, namun aku berasa gembira kerana akhirnya beliau sedar di mana beliau telah membuat langkah yang salah untuk mengecap kejayaan. Namun sebagai teman aku akan tetap membantunya untuk kembali ke jalan yang benar.
Huzaimy seorang yang sangat malang orangnya. Dia dahagakan kasih sayang seorang ibu. Di saat-saat beliau amat memerlukan ibunya, ibunya sudah tiada. Hatinya bagaikan kaca bagaikan terhempas ke batu.
Ibunya selalu mendorong beliau dan selalu menemani beliau semasa mengulangkaji pelajaran. Satu hari, semasa Huzaimy hendak pulang ke rumah dari sekolah, beliau dapat berita dari kakanya bahawa ibu mereka telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Menurut kakaknya, ibu mereka sedang dalam perjalanan menujunke sekolah Huzaimy, mahu mengajak beliau pergi makan di luar. Hatinya tidak dapat menahan sebak, lalu airmata terus gugur, mengalir i pipinya. Telefon bimbit yang digenggamnya dari tadi juga dibasahi dengan airmatanya sedikit. Huzaimy terus memecut pulang ke rumah.
Semenjak ibunya meninggal dunia, beliau seakan-akan seperti seorang yang sedang dalam kemurungan. Huzaimy seperti seorang tua yang kehilangan tongkat ; hilang arah tujuan hidupnya. Hampir setiap hari beliau menangis di dalam bilik, hilang selera makan, hingga kesemua anggota keluarganya sudah kepenatan memujuknya. Huzaimy juga telah hilang minatnya untuk ke sekolah. Namun beliau juga memaksa dirnya untuk ke sekolah, namun dengan muka yang muram. Teman-temannya amat risau dengan keadaan Huzaimy, yang semakin hai semakin cengkung mukanya. Huzaimy yang mereka kenal sebagai seorang yang periang dahulu, sekarang sudah menjadi seorang yang pendiam dan suka termenung.
Teman-teman Huzaimy berpakat untuk berjumpa dengan kaunselor sekolah untuk memberitahunya tentang keadaan Huzaimy yang seperti seorang pesakit mental. Kaunselor itu berjanji untuk berjumpa dengan Huzaimy.
Keesokan harinya, sedang Huzaimy termenung jauh di dalam kelas semasa waktu rehat, kaunselor itu menghampiri beliau, dan menanyakan masalah yang dihadapi Huzaimy. Huzaimy tidak keberatan untuk memberitahu kaunselor itu tentang masalahnya. Titisan airmata Huzaimy jatuh ke lantai. Kaunselor pun hampir menitiskan airmatanya juga, tetapi beliau hanya menahan. Kaunselor itu dapat merasakan penderitaan dan kekecewaan yang dialami Huzaimy. Kaunselor itu bertekad mahu menolong Huzaimy. Lantaran pula, Huzaimy akan menduduki peperiksaan peringkat `O` tahun ini, dan bimbang Huzaimy akan menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan dan akirnya, gagal dalam peperiksaan. Jadi, kaunselor itu berbincang dengan teman-teman Huzaimy, berpakat mahu menolongnya. Teman-teman beliau mencube sedaya upaya untuk kembalikan keceriaan pada diri Huzaimy. Dan kaunselor juga tidak ketinggalan untuk memberi kata-kata perangsang dan ada masanya menemani Huzaimy dan teman-teman mengulangkaji pelajaran. Huzaimy melihat kaunselor itu seperti arwah ibunya, ada ciri-ciri kaunselor itu mirip dengan ibunya. Senyuman mua kembali menceriakan muka Huzaimy. Peperiksaan sudahpun tiba. Huzaimy berasa bersemangat untuk menghadapi peperiksaan ini. Kaunselor juga berasa gembira melihat perubahan pada diri Huzaimy. Sudah tidak murung seperti dulu. Beberapa bulan selepas itu, keputusan peperiksaan sudah dikerluarkan. Huzaimy dinobatkan sebagai salah satu daripada murid yang terbaik di sekolahnya. Dalam hati Huzaimy beliau mahu melonjak kegembiraan, dan dalam masa yang sama juga beliau menahan air matanya. Akhirnya dia dapat mengabulkan doa arwah ibunya untuk cemerlang dalam peperiksaan ini. Selepas sahaja selesai acara memberi keputusan di dewan sekolah itu, Huzaimy terus berjabat tangan dengan rakan-rakannya dan juga gurunya yang banyak menolong beliau keluar dari kepompong kesedihan. Tidak ketinggalan juga kaunselor yang juga menolong beliau. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja beliau memeluk wanita yang berdiri di hadapannya itu. Inilah orang yang dicari-carinya selama ini. Sudah terbayang olehnya bagaimana untuk membalas budi wanita tersebut.
Keseksualan remaja - Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menangani masalah seks luar nikah. Bincangkan.
Keseksualan remaja- Suatu pekara yang selalu dipaparkan dalam akhbar-akhbar. Ia selalu dikaitkan dengan seks luar nikah dan kehamilan yang tidak diingini. Namun ia bukan sesuatu yang harus diambil ringan, ia harus perlu dicegah.
Punca berlaku perkara-perkara yang sebegitu ialah ibu bapa terlalu memberikan kebebasan yang berlebihan sehingga mereka (remaja) mengabaikan peluang ini. Anak-anak mereka akan bergaul dengan teman-teman yang jahat yang memberikan pengaruh yang buruk.
Teknologi juga adalah salah satu daripada punca keseksualan remaja yang tidak dapat dikawal. Dengan adanya internet mereka akan terdedah kepada pelbagai bahaya yang boleh mengotorkan fikiran mereka. Salah satunya ialah dengan para remaja melungsuri laman web lucah dan menonton video lucah. Ini akan merangsangkan nafsu syahwat mereka dan ingin "mencuba"nya.
Bimbingan agama yang berkurangan juga ialah salah satu daripada puncanya. Islam juga mengajar kita tentang perkara yang berkaitan dengan seks dan cara-cara untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Kebanyakkan remaja kekuangan bimbingan agama yang mencukupi, kerana itulah mereka menjadi liar dan melaukan perbuatan yang tidak senonoh. Jikalau mereka memounyai bimbingan agama yang mencukupi, mereka pasti dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk.
Remaja juga harus bijak memilih teman mereka. Seorang teman yang jahat tidak harus dijadikan kawan kerana ia boleh memudaratkan merea dan menjadi liar. Kita selalu membaca keluhan dan rintihan ibu bapa yang anak remaja mereka telah hamil anak luar nikah atau yang telah menghamili temaita mereka. Kalau diperhatikan banyak kisah-kisah tentang ini, satu masalah utama yang timbul adalah kurang memberikan perhatian kepada anak-anak. Terdapat banyak cara-cara untuk menangani masalah ini yang semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat kita ,dan ia bermula dari rumah. Ibu bapa harus kerap membuat pemeriksaan atau "spotcheck" ke atas anak mereka, memeriksa telefon bimbit mereka atau apa-apa yang mencurigakan. Tetapi ibu bapa tidak harus semestinya meninggikan suara mereka jikalau ingin memarahi mereka, sepatutnya berbual dengan nada yang tenang tapi tegas. Cara-cara yang lain ialah ibu bapa harus berani berbicara dengan anak mereka tentang seks. Walaupun sesetengah mendapati ia kurang selesa untuk diperbincangkan, namun demi kebaikan kedua belah pihak ia mesti dibincang. Ibu bapa juga boleh merujuk kepada kaunselor untuk mendapatkan nasihat. Terdapat pula pusat bantuan keluarga di seluruh negara untuk mendapatkan bantuan yang berkesan dan profesional. Media massa memainkan peranan penting dalam mendidik remaja tentang bahayanya seks luar nikah dan kesan yang akan meninggalkan parut yang pedih kepada mereka. Walau apapun, peranan ibu bapa dalam mendidik anak remaja mereka dalam perkara ini amatlah penting.