MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Syamsul Faadhil: July 2010

Monday, July 12, 2010

Karangan- Latihan menulis perenggan penutup

Arahan : Bina perenggan penutup bagi karangan jenis perbincangan di bawah ini.

Petikan 1: Peranan Ibu Bapa sangat penting dalam mendidik anak-anak mereka.


Ibu bapa ialah orang-orang yang paling penting dalam sistem pendidikan anak-anak. Ini berdasarkan pada hubungan rapat mereka dengan anak-anak. Tidak dapat dinafikan bahawa anak-anak menghabiskan sebahagian besar masanya di rumah bersama ibu bapa mereka. Hubungan yang rapat ini pastinya dapat menghasilkan sesuatu yang baik, terutama dalam pembentukkan sahsiah (perwatakan) anak-anak itu sendiri. Di sinilah terletaknya peranan dan tanggungjawab ibu bapa dalam menentukan sikap dan kelakuan anak-anak.

Ibu bapa juga adalah golongan yang amat dihormati oleh kanak-kanak. Lazimnya, kanak-kanak lebih menghormati ibu bapa jika dibandingkan dengan guru-guru mereka. Justeru itu, anak-anak lebih mudah mematuhi apa-apa juga arahan dan tegahan ibu bapa mereka sendiri. Dari aspek ini, jelas memperlihatkan betapa ibu bapa dapat memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian juga menyemai nilai-nilai yang sesuai untuk disematkan dalam jiwa anak-anak mereka.

Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak sememangnya sangat penting dalam dunia yang semakin mencabar kini. Pengaruh media massa, pengaruh budaya popular, pengaruh rakan-rakan sebaya juga amat kuat mempengaruhi tingkah laku anak-anak . Pengaruh-pengaruh tersebut merupakan daya tarikan yang amat berkesan yang setentunya menjerumuskan keperibadian anak-anak dengan gejala yang sememangnya tidak sihat. Oleh itu, benteng yang paling ampuh untuk membendung gejala sedemikian hanyalah dengan ketegasan dan keperihatinan ibu bapa di rumah.

Rumah adalah asas segala-galanya. Di dalam sebuah keluarga, para ahlinya berhimpun dan diselia oleh ibu bapa. Sikap ibu bapa adalah teladan dan juga sempadan bagi anak-anak mereka. Oleh yang demikian, ibu bapa mesti memperlihatkan tingkah laku yang baik agar menjadi ikutan anak-anak terutama pada usia mereka muda kerana pada hakikatnya, mereka mudah menurut apa-apa sahaja yang ditunjuk dan diajar. Justeru itulah, peribahasa " hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya." Jika ibu bapa bijak mengatur hidup anak-anak mereka , akan lahirlah anak-anak yang bijaksana lagi berpekerti mulia.

Ibu bapa turut berperanan sebagai pendidik semasa anak-anak mereka di rumah. Selain menyalurkan pengetahuan akademik, ibu bapa bertanggungjawab penuh dalam menerapkan didikan agama dan nilai-nilai hidup yang murni di jiwa anak-anak mereka. Dengan lai perkataan, ibu bapa mesti mengimbangi didikan jasmani dan rohani anak-anak mereka. Berbekalkan ajaran-ajaran yang baik, anak-anak akan dapat membuat keputusan sendiri dalam menentukan hala tuju hidup mereka apabila mereka dewasa kelak.

Sewaktu dilahirkan, anak-anak ibarat sehelai kain putih. Di atas kain putih itulah ibu bapa boleh mencorakkan apa-apa warna sekalipun. Oleh itu, jelaslah ibu bapa adalah golongan utama dalam menentukan keperibadian anak-anak mereka. Pada tangan mereka terhimpunnya tanggungjawab untuk membesarkan, mendidik dan mengasuh anak-anak mereka. Sempurna didikan yang diberikan maka anak-anak itu akan menjadi manusia yang sempurna apabila mereka dewasa kelak. Anak-anak itu akan menjadi manusia berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Sebaliknya, jika ibu bapa cuai dan mengabaikan tanggungjawab mereka, anak-anaklah yang menjadi mangsa.

Anak-anak harus bersyukur dengan ibu bapa mereka kerana merekalah yang mendorong dan mendukungi mereka selama ini. Anak-anak tidak harus menjadi liar kerana ini akan mengecewakan ibu bapa mereka. Selain ibu bapa, guru-guru di sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam pendidikan akademik anak-anak tersebut. Mereka dapat memantau keadaan dan sikap mereka yang mungkin berbeza di rumah dan sekolah, apabila berhadapan dengan ibu bapa mereka.


Monday, July 5, 2010

Bina ayat daripada perkataan yang mempunyai awalan dan akhiran imbuhan

Perkataan-perkataan dipetik dari petikan artikel sebelumnya.

Mewujudkan

- Kerajaan ingin mewujudkan semangat gotong royong para penduduk dengan mengadakan beberapa aktiviti menanam pokok dan menganjurkan pesta-pesta merayakan perayaan pelbagai agama di sini.

Pengundian

- Rakyat Amerika Syarikat akan membuat pengudian memilih presiden negara tersebut tidak lama lagi.

Mengesahkan

- Setelah menjalani beberapa siasatan, polis telah mendakwa Henry atas penyalahgunaan wang syarikat untuk kegunaan peribadi.

Mengorbankan

- Letupan di lombong arang itu telah meragut ramai nyawa pelombong yang sedang menjalani tugasan mereka.

Mengalihkan

- Setelah mencuba beberapa kali untuk mengangkat televisyen itu sendiri, akhirnya dia meminta pertolongan isterinya untuk mengalihkan televisyen itu ke dalam kotak.

Pengiktirafan

- Polis memberi pengiktirafan kepada Ashiq kenara membantu pihak polis menangkap perompak bank itu setelah bbeliau ingin melarikan diri.

Memastikan

- Cikgu Sazali memeriksa buku-buku anak muridnya untuk memastikan yang mereka telah membuat tugasan yang diberikan.


Perlembagaan

- Malaya ber­satu padu dlm maksud mencapai kemerdekaan secara perlembagaan